Sumbangan bagi Pembinaan Dewan Terbuka Al-Irsyad
TABUNG PEMBINAAN DEWAN TERBUKA AL-IRSYAD
     Sekolah Islam Al-Irsyad, Kuantan, merupakan satu entiti pendidikan agama swasta Negeri Pahang yang tidak asing lagi. 
     Sistem pendidikan yang dicetuskan ini, sangat memberi impak dalam membina akhlak, sahsiah dan akademik anak-anak terutama dalam pendidikan yang berteraskan Islam.
     Sistem Pendidikan Al- Irsyad Berhad (SPAIB) kini memiliki 5 buah institusi pendidikan iaitu Sekolah Menengah Al-Irsyad, Maahad Tahfiz Al-Irsyad, Sekolah Rendah Al-Irsyad, Kuantan, Sekolah Rendah Al-Irsyad Tanjung Lumpur dan terbaru Pra Tahfiz Pasti Al-Irsyad. Jumlah keseluruhan murid yang mendapat pendidikan dari institusi ini adalah dalam anggaran 1,500 orang murid. 

     Pada Tahun 2024, Sekolah Islam Al-Irsyad Kuantan merancang projek pembinaan yang baru iaitu :
1) Dewan Terbuka Al-Irsyad
     Pada masa ini, murid-murid Sekolah Rendah Islam Al-Irsyad (SRAI), berhimpun untuk perhimpunan rasmi sekolah serta aktiviti kokurikulum  di dataran perhimpunan terbuka, yang terdedah kepada hujan dan panas. Oleh yang demikian, satu cadangan untuk membina dewan terbuka seperti yang biasa dilihat di sekolah-sekolah kerajaan dicadangkan untuk dibina bagi kemudahan dan keselesaan anak-anak murid.
Apabila siap, Dewan Terbuka Al-Irsyad dijangka dapat dimanfaatkan oleh lebih 1000 orang murid Sekolah Islam Al-Irsyad. Anggaran awal kos yang diperlukan bagi pembinaan dewan ini adalah sekitar RM227,700.00, namun kos terkini pada akhir tahun 2024 telah meningkat kepada RM500,000.00. Oleh yang demikian, dana tambahan sebanyak RM300,000.00 diperlukan bagi menyiapkan bangunan ini.
Ayuh bersama kami secara langsung dan tidak langsung dalam membina generasi rabbani. InshaAllah ianya akan menjadi ladang dan lubuk pahala kepada kita semua.
Jom menyumbang....

Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

PILIHAN SUMBANGAN

Pilihan Kuantiti Nilai (RM)
Sumbangan RM500 / 5 lot
Sumbangan RM100 / lot
Sumbangan 1/2 lot : RM 50.00
Sumbangan seikhlas hati : RM10
Dana Pengurusan & Pentadbiran
Sumbangan Beras Makan Tengahari Murid
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PENYUMBANG

BUTIRAN SUMBANGAN